Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon semua pihak untuk bersabar dan memberi sedikit masa kepadanya untuk mendengar segala pandangan semua pihak, termasuk pemegang taruh sebelum memutuskan sebarang tindakan berkaitan isu pendidikan.<br /><br />Beliau berkata, isu pendidikan penting kerana ia melibatkan banyak pihak dan segala maklum balas pihak berkenaan perlu dalam memastikan sistem pendidikan negara berada dilandasan tepat.
